kalau ada roti yg nak dekat2 expired kat dapur tu.. bole cuba resepi ni.. simple n yummy!
Bahan2:
roti 6 keping
1/2 cawan air suam
bahan2 bancuhan custard:
1/2 tin susu pekat/condensed milk
1/2 tin air suam/ luke warm water
2 biji telur
2 sudu besar tepung kastard
1 sudu teh esen vanila
sedikit mentega
Cara2:
potong roti ikut saiz yg digemari
susun satu lapisan dalam loyang
basahkan lapisan roti dengan air suam
ulangi langkah2 kat atas ni sampai habis roti
sapukan sedikit mentega ke atas lapisan akhir roti
ketepikan dan mula buat bancuhan custard
NOTA: basahkan cukup sekadar melembapkan roti sahaja.. x perlu habiskan air suam tu pon tak mengapa..
cara2 bancuhan custard:
satukan semua bahan2 utk membuat custard spt di atas di dlm mangkuk
kacau dan pukul perlahan dgn tgn sampai bancuhan betul2 sebati (lebih kurang 2 hingga 3 minit sudah memadai)
tuangkan bancuhan ke dlm loyang berisi roti
tekan2 sedikit supaya semua roti dapat menyerap bancuhan castard
biarkan 5 minit sementara oven dipanaskan pada suhu 170 darjah celcius
masukkan loyang ke dlm oven dan bakar selama 30-40 minit atau sehingga bhgn dalam masak (cucukkan cake tester atau lidi di tgh2 loyang, klu masa tarik tu xde bersih je, DAH MASAK LA TU)
NOTA: sebelum bakar dlm oven boleh taburkan kismis jika suka
nak lagi sedap boleh buat custard sauce sekali utk jadikan topping/gravy puding ni..
1 tin susu sejat
2 sudu besar tepung kastard
2 sudu besar gula
campur semua bahan dlm periuk kecil, masak atas api sederhana, kacau sentiasa supaya tidak berketul.. bila dah pekat (ala2 pekat mcm gravy chicken chop tu) bole padam api.. sedia utk di makan.. bole juga mkn dgn dessert2 lain mcm puding laici ke.. lemon pie ke..
this is my very own FOOD CRITIC.. very fussy yet never fail to give complements if the food taste good.. if she really eats your food.. u should b celebrating coz that tells u u've done good job with the cooking.. worth all the effort to hear she say, "thanx Mama.. i like it soooooo much!" with her warm hugs n kisses..